Month: Julai 2024

Memperbaharu Kekuatan Kita 

Sepasang burung rajawali membuat sebuah sarang gergasi di atas sebatang pokok beberapa kilometer dari rumah saya. Tidak lama kemudian, burung-burung besar itu mempunyai anak rajawali. Anak-anak rajawali dijaga bersama-sama sehingga salah seekor rajawali dewasa tersebut dengan tragiknya dilanggar oleh sebuah kereta dan mati. Selama beberapa hari, rajawali yang masih hidup itu terbang tinggi dan rendah di sebuah sungai yang berhampiran, seolah-olah mencari pasangannya yang hilang. Akhirnya, rajawali tersebut kembali ke sarang untuk membesarkan anak-anaknya.

Dari Zaman ke Zaman

Baru-baru ini, dua orang nenek dari Texas menjadi sensasi media kerana mereka menghabiskan perjalanan mengelilingi dunia dalam masa 80 hari pada usia 81 tahun. Dua orang sahabat karib yang telah berkenalan selama 23 tahun itu telah menjelajahi kesemua tujuh benua di dunia. Mereka bermula di Antartika, menari tango di Argentina, menunggang unta di Mesir, dan menaiki kereta luncur salji semasa di Kutub Utara. Mereka telah melawat 18 buah negara termasuk Zambia, India, Nepal, Indonesia, Jepun dan Itali lalu menamatkan perjalanan mereka di Australia. Kedua-dua mereka berkata bahawa mereka berharap telah menginspirasi generasi akan datang untuk menikmati penjelajahan dunia tanpa mengira usia mereka.

Berita yang Berbaloi Diraikan

Selama lebih daripada dua abad, lagu suci pertama yang termuat dalam buku lagu suci Methodist ialah “Beribu Lidah Patut” (O for a Thousand Tongues to Sing). Pada asalnya, lagu yang digubah oleh Charles Wesley ini bertajuk “Sambutan Orang Percaya” (For the Anniversary Day of One’s Conversion), untuk memperingati pembaharuan imannya yang radikal kepada Yesus. Lagu suci tersebut mempunyai 18 rangkap yang mengisytiharkan kebaikan Tuhan yang penuh kemuliaan kepada mereka yang bertaubat dan mengikut Kristus.

Bertekunlah dalam Doa

“Aku telah berdoa untuk kamu selama 50 tahun,” kata wanita tua itu. Rakan saya Lou memandang mata wanita itu dengan penuh kesyukuran. Lou mengunjungi kampung di Bulgaria, tempat bapanya dibesarkan lalu ditinggalkannya semasa dia masih remaja. Wanita tersebut, seorang yang percaya kepada Yesus, tinggal di sebelah rumah datuk dan nenek Lou. Dia mula berdoa untuk Lou sebaik sahaja dia mendengar tentang kelahirannya di benua yang lain. Kini, lebih setengah abad kemudian, Lou berkunjung ke kampung itu atas tujuan kerja, dan pada waktu dia di sana, dia bercakap dengan sekumpulan orang tentang imannya. Lou percaya kepada Yesus apabila dia hampir berusia 30 tahun, dan apabila wanita ini datang menemuinya selepas dia bercakap, dia tertanya-tanya tentang kesan doa tekun wanita ini terhadap imannya kepada Yesus.

Lebih Baik Bersama dalam Kristus 

Dr. Tiffany Gholson telah melihat kesan jenayah terhadap bandar kecilnya di East Saint Louis, Illinois, Amerika Syarikat dalam pelbagai segi. Bagaimanapun, menjelang tahun 2023, bandar itu mencatatkan penurunan sebanyak 31 peratus dalam kes pembunuhan dan penurunan sebanyak 37 peratus dalam jenayah secara keseluruhan. Apakah yang berlaku? Satu perkongsian. Dengan bekerja bersama-sama, Kumpulan Penguat Kuasa Keselamatan Awam di bandar—termasuk polis negeri dan bandar, daerah sekolah bandar dan sebuah organisasi keagamaan—menggabungkan usaha demi memutar arus untuk semua penduduk.